Saturday, February 25

16th march 2008

sayang,
sudikah kau menerima ku seadanya,
walau kau menemui silap sejarah silam,
waktu kelam yang pernah tercorak,
sayang,
ku tahu kau bukanlah yang pertama,
mungkin juga sekadar matahari siang,
muncul dan hilang bila malam terukir..
namun,
andai kau bukanlah si dia yang menemaniku ke akhirat nanti,
akan ku redha kan...
di samping gurindam, puisi dan lagu cinta,
kerna ini,
bukti yang kau adelah yang teristimewa,
antara yang pernah ada dalam hati...

Thursday, February 23

dia?

dia
bukan kekasih, bukan hanya sahabat
dia bagaikan pelindung
saat aku kesyunyian
dialah peneman
saat tertekan
dia ada penyelesaian
saat aku di kecewakan
dialah abang
siapa dia pada aku
abang
kawan
kekasih
pelindung
semua nya tidak
kerana aku sendiri tidak pasti
dia ada dengan isu nya
dia menegur dengan bertempat
dia adalah dia
dan aku
menjadi kuat bersemangat
kerana dia ada kala nya
terima kasih atas semangat yang kau berikan